Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hollywood

Baru Dua Tahun, Anak Kylie Jenner Pakai Beg Sekolah Jenama Hermes Berharga RM42 Ribu

Maliah Surip 01/10/2020 | 13:50 MYT
Personaliti Kylie Jenner yang sempat diumumkan sebagai Orang Kaya Termuda versi Forbes sekitar pertengahan tahun ini benar benar tahu bagaimana mahu menggunakan dan menghabiskan wang kekayaannya.
Bukan sahaja selalu membeli barangan berjenama mewah untuk dirinya sendiri, Kylie tak kedekut untuk membelanjakan wang buat anak tunggalnya, Stormi Webster.
Seperti yang diambil dari USWeekly, adik Kim Kardashian ini telah membelanjakan sejumlah wang yang agak besar hanya untuk membeli sebuah beg sekolah buat Stormi.
Beg sekolah yang dipakai Stormi yang baru berusia dua tahun tersebut berwarna merah jambu itu pula dari jenama yang terkenal.
Menerusi foto yang dimuat naik di Insta Storynya pada 30 September 2020, Kylie memperlihatkan Stormi memakai beg sekolah dari jenama mewah, Hermes pada hari pertama sesi persekolahannya bermula.
"Hari pertama bersekolah," tulis perempuan berusia 23 tahun itu.
Dan setelah dihitung oleh 'polis fesyen', beg Hermes tersebut bernilai sekitar RM42, 000 ($10,000).
Paling mengejutkan, Stormi sebenarnya hanya bersekolah di rumah sahaja!
Tapi gaya mesti kena ada.
#Kylie Jenner #Stormi #Hermes
;