Viral
Baru Peluk Islam, Lelaki Mualaf Ini Bawa Babi Untuk Dijadikan Haiwan Korban
Ibadah korban cukup sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidiladha. Dan saban tahun, upacara korban yang melibatkan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing menjadi perhatian, dan sering dikongsikan di platform media sosial.
Namun, ada satu hal yang menjadi perhatian umum gara-gara seorang mualaf memilih haiwan korban yang tidak halal untuk dimakan.
Memetik laporan Kosmo! Online dan Okezone, seorang lelaki yang dipercaya mualaf memberikan seekor babi untuk dijadikan haiwan korban ketika sambutan Aidiladha lalu.
Menerusi rakaman yang dikongsikan di platform TikTok, lelaki tersebut membawa babi tersebut ke semua masjid untuk disembelih.
Namun, difahamkan, lelaki berkenaan baru sahaja memelik agama Islam dan dia sendiri tidak memiliki ilmu yang banyak mengenai ibadah korban.
Tentu sekali, tindakan lelaki itu meraih perhatian sehingga tular di media sosial, sekaligus mendapat pujian netizen kerana niatnya yang ikhlas dan baik.
“Tidak mengapa, namanya masih belajar,” kata seorang pengguna laman sosial.
“Lelaki ini memang terbaik, baru saja memeluk Islam tetapi sudah ada niat untuk melakukan ibadah korban,” kata netizen lain.
Sumber: Agensi, Kosmo! Online