Viral
Baru Sehari Kerja Butik, Alice Chang Resign Sendiri Sebab Gaji Tak Setimpal - "Populariti Saya Semakin Meningkat"
Wanita yang sering mencetuskan kontroversi, Alice Chang, sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial setelah menerima pekerjaan baru di sebuah kedai pakaian tradisional India.
Namun, kali ini Alice tidak dipecat daripada jawatannya seperti kes sebelum ini, tetapi dia sendiri memilih untuk berhenti kerana gaji yang ditawarkan tidak setimpal, terutamanya selepas popularitinya semakin meningkat.
“Hi Sathia, saya minta maaf untuk memaklumkan selepas penelitian, saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan pekerjaan ini di butik baju awak.
“Ibu saya menyedarkan saya bahawa gaji saya tidak memenuhi keperluan hidup, terutamanya memandangkan populariti saya yang semakin meningkat di media sosial.
“Saya percaya saya mampu menunjukkan kebolehan saya dan perhatian saya terhadap butik awak tapi saya percaya saya boleh membawa lebih banyak perhatian dan publisiti kepada kedai anda, tetapi saya perlu mencari peluang yang lebih selaras dengan matlamat kewangan saya.
“Terima kasih atas pemahaman anda. Boleh tak anda bantu saya dengan menyelesaikan bayaran RM80 dari kerja saya semalam? Saya akan sangat menghargainya! Terima kasih,” katanya menerusi aplikasi Weibo.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat mereka mengenai ini adalah salah satu konten untuk mempromosikan butik tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan:
Terdahulu, Alice Chang dipecat dari salah sebuah francais Auntie Anne’s selepas video dia bermain dan mencium doh roti tular di media sosial.