Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Baru Seminggu Lahir, Anak Shuk Sahar Ditahan 10 Hari Di Hospital Kerana Pneumonia & Demam Denggi

Amri Hassan 01/08/2019 | 07:40 MYT
Baru saja seminggu dilahirkan, anak kedua pelawak Shuk Sahar terpaksa ditahan di hospital kerana pneumonia dan demam denggi.
Keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila anak pertamanya turut dijangkiti demam denggi pada masa sama.
"Pada mulanya saya dan isteri ke hospital untuk memeriksa demam kuning anak bongsu saya tetapi doktor terpaksa tahan di wad kanak-kanak kerana ada jangkitan paru-paru.
"Kebetulan pula anak sulung saya menghidap jangkitan sama dan tambah pula dengan demam denggi. Jadi, saya berkampung di hospital selama 10 hari," katanya ketika ditemui pada Taklimat Media Pop Yeah Yeah di Public Space, NSTP Bangsar semalam.
Jelas Shuk, jangkitan itu bermula dengan kahak yang melarat hingga ke paru-paru.
"Sakit pneumonia ni serius juga, ia bermula dengan kahak kemudian ke paru-paru. Jadi, anak saya sukar untuk bernafas dengan normal dan perlu bantuan oksigen.
"Doktor cakap penyakit itu serius tetapi kami bernasib baik kerana dapat kesan dengan awal, ia berpunca dengan demam kuning.
"Jadi, ingin saya berpesan kepada semua ibu bapa, sekiranya perasan anak anda tidak selesa segeralah ke hospital sebab mereka tak tahu nak memberitahu bahawa mereka sakit," tambahnya.
Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah pada 20 Disember 2015 di Sabah dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
#Anak #Denggi #Shuk Sahar
;