Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Baru Seminggu Tapi 'Star Wars: The Rise of Skywalker' Dah Ungguli Box Office? Kutipan Melebihi...

Hanafis Haris 24/12/2019 | 14:47 MYT
Filem paling dinanti-nantikan iaitu Star Wars: The Rise of Skywalker mengungguli carta box office pada minggu pembukaannya di peringkat antarabangsa dengan kutipan AS$198 juta (kira-kira RM820 juta).
Menerusi laporan Astro Awani, siri kesembilan sekuel Star Wars itu menduduki tangga teratas di pasaran besar China dengan AS$12.1 juta.
Tidak cukup dengan itu, The Rise of Skywalker juga mendominasi carta teratas di pasaran antarabangsa lain. Hebat bukan?
Diarahkan oleh J.J Abrams, filem itu mengutip AS$176 juta di utara Amerika melonjakkan kutipan globalnya sebanyak AS$374 juta.
Filem tersebut mencatat kutipan tertinggi minggu pembukaan di United Kingdom dengan AS$26.8 juta, diikuti Jerman AS$21.8 juta, Perancis AS$15.2 juta dan Jepun AS$14.6 juta.
The Rise of Skywalker merupakan sekuel terakhir bagi trilogi Star Wars sebelum ini yang mana The Force Awakens dan The Last Jedi masing-masing mencatat AS$2 bilion dan AS$1.3 bilion seluruh dunia.
#Viral #Viral #StarWars
;