“Baru Syahadah Dah Dipaksa Menutup Aurat Sempurna”- Adam Corrie
Pelakon Adam Corrie akui sering terdengar tentang masalah akidah dari saudara baru Islam serta yang sudah sedia menganut agama yang sama.
Menurut Adam rata-rata mengadu tertekan apabila mereka terlalu didesak untuk menjadi muslim terbaik dalam masa yang singkat.
“Saya banyak dengar masalah saudara baru yang akidahnya terumbang ambing. Dan tak kurang juga yang lahir Islam.
“Ada dikalangan mereka mengadu sedih kerana mereka selalu didesak menjadi muslim yang terbaik dalam masa yang singkat. Baru syahadah sudah di desak dan paksa menutup aurat sempurna dan silap sikit dikecam.
Adam berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram tersebut.
Jelas Adam lagi, dia selalu nasihatkan saudara baru Islam itu, mencari kekuatan dengan nait yang betul dan apa yang dilakukan hanya kerana Allah.
“Saya selalu nasihatkan, apabila sudah diberikan hidayah Islam oleh Allah SWT , kita perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan. Islam adalah hadiah yang tak ternilai harganya. Allah SWT sayang kita.
Adam memeluk Islam pada Julai 2007. Dia mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Teluk Wanjah, Kedah, Fazima Fuad, 30, pada 21 November 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.