Hiburan
“Baru Tahu Tahap Keselesaan Dia, Habis Kuarantin Aku Nak Beli Tujuh” - Lelaki Ini Cuba Baju Kelawar… Ramai Suka!
Baju kelawar menjadi tular di laman sosial gara-gara terdapat golongan lelaki yang pertama kali mencuba dan mengakui keselesaannya.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @thefunsizeguy berkongsi rasa selesa apabila memakai baju kelawar buat pertama kali ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Baru aku tahu tahap keselesaan baju kelawar ini bagaimana. Habis kuarantin aku nak beli 7. Untuk dipakai seminggu,” tulisnya menerusi satu kicauan.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai netizen lelaki yang mengakui keselesaan memakai baju kelawar yang selama ini sinonim dengan para wanita.Baru aku tahu tahap keselesaan baju kelawar ini bagaimana. Habis kuarantin aku nak beli 7.Untuk dipakai seminggu.— Megat 'Adli is at home (@TheFunSizeGuy) March 28, 2020
Malah, ada yang turut berkongsi foto memakai baju kelawar milik ibu atau kakak sebagai tanda setuju.
“Tahu takpe. Aku selalu share ngan kakak aku dulu,” kata seorang wargamaya.almari mak aku dah kehabisan baju kelawar pic.twitter.com/hm6c5wajl4— raihana (@raihanaroslan) April 1, 2020
“Best betul kan, dia punya syiok perghh” puji seorang wargamaya.
“Dan ia juga boleh menyelimuti diri sendiri. Apabila ditiup angin. Terasa seperti lipas merayap-rayap di badan dengan kibaran kain. Hahahahha,” kata seorang wargamaya.
“Den ada 4 kakak. Semua baju kelawar dio den dah pakai. Kadang dio mengamok pakai baju kelawa eh. Den kata nanti den basuhlah. Last-last den humban yo dalam bakul,” luah seorang wargamaya lagi.Girls don’t ever let your husbands try your baju kelawar, they won’t take it off ? pic.twitter.com/2x97ZwFV1K— inaz? | HennaLine (@datininaz) March 31, 2020
Pendapat ini turut dipersetujui oleh para wanita yang rata-ratanya gemar memakai baju kelawar pada waktu malam.
Pakailah baju kelawar siapa pun, asalkan anda duduk rumah sepanjang tempoh PKP ini untuk hapuskan rantaian COVID-19.
Sumber gambar: Twitter @datininaz, @raihanaroslan dan @izzazri122
Must-Watch Video