Hiburan
Baru Umur 25 Tahun, Marc Syahmie Hidap Kanser Testis Tahap Dua - “Doktor Cakap Peluang Untuk Sembuh…”
Pelakon baharu, Marc Syahmie mendedahkan bahawa dia disahkan menghidap kanser testis tahap dua.
Bukan mudah untuk menerima hakikat, namun bagi Marc atau nama sebenarnya, Ahmad Syahmie,25 dia kini dalam proses pemulihan daripada kanser tersebut.
“Untuk tahun ini, cabaran hidup saya adalah saya mengalami masalah kesihatan.
“Saya baru sahaja menghidap penyakit kanser dan saya baru sahaja selesai melakukan pembedahan. Kini, saya dalam proses pemulihan.
“Doktor juga memaklumkan bahawa satu daripada testis saya terpaksa dibuang kerana kanser ini sudah berada di tahap kedua,” katanya kepada Gempak.