Hiburan

Basuh Periuk Pakai Crown, Fasha Sandha Seronok Dirai & Rasai Pengalaman Kampung

Mya Amri
08/04/2019
06:15 MYT
Sponsor Banner
Basuh Periuk Pakai Crown, Fasha Sandha Seronok Dirai & Rasai Pengalaman Kampung
Pelakon, Fasha Sandha akui seronok diraikan dalam majlis bertandang yang penuh dengan istiadat di sebelah keluarga suaminya, aktor Aidil Aziz.
Majlis resepsi tersebut berlangsung dengan meriah di Rembau, Negeri Sembilan.
Menerusi akaun Instagramnya, Fasha berkongsi beberapa foto terbaru sepanjang majlis tersebut berlangsung.
“Penuh dengan adat Istiadat, Terima kasih buat keluarga Rombau.
“Pertama kali merasai pengalaman kampung dan diraikan dengan penuh kasih sayang. Terima kasih keluarga Rembau dan Keluarga Perlis tersayang,” tulisnya.
Bagaimanapun menerusi foto tersebut, peminatnya tertarik dengan penampilan Fasha yang manis berbaju kurung sedang membasuh periuk dengan memakai mahkota di kepalanya.
Lebih menarik lagi, Fasha seolah-olah tidak kisah dengan ‘tugasan’ yang diberikan dan membasuh periuk bersama suaminya sambil tersenyum.
Melihat kelakuan Fasha itu, rata-rata peminatnya memuji kecantikan selain tindakannya yang dianggap sporting.
Terdahulu, Fasha dan Aidil selamat diijabkabulkan pada 30 Mac 2019 yang lalu di Perlis.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua bagi Fasha.
Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Foto: Instagram @fashasandha
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar