Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

Amri Hassan
17/10/2024
18:53 MYT
Sponsor Banner
Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Arif berjaya menggabungkan watak ikonik dari filem Venom dengan elemen batik tradisional, mencipta rekaan yang memukau.
Lakaran Venom ini bukan sekadar menyerlahkan seni kontemporari tetapi juga memperkenalkan batik kepada generasi muda melalui sentuhan budaya popular.
Malah, usaha Arif diiktiraf oleh Sony Pictures, sekali gus menamakan lakaran batik ini sebagai Venom Batik Malaysia sempena tayangan filem Venom The Last Dance pada 24 Oktober nanti.
"Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi batik yang menakjubkan ini.
"Gabungan sebenar budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna," tulis Sony Pictures di Facebook rasmi mereka.
Arif menggunakan teknik lakaran tangan dan digital untuk menghasilkan corak yang menggabungkan elemen flora dan fauna batik dengan elemen watak Venom yang terkenal.
Selain itu, inisiatif ini juga mencerminkan keupayaan batik untuk berkembang dalam dunia seni moden dan kontemporari. Terbukti ia dibanjiri dengan komen-komen positif netizen.
"So proud of Batik Malaysia, put in a creative twist.
"Nusantara vibes!
"Batik art is in the right hand," demikian tulis beberapa warganet.
Dengan inovasi seperti ini, batik tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang hanya dipakai untuk majlis tradisional, tetapi juga sebagai medium seni yang serba boleh, sesuai dengan pelbagai tema dan latar belakang.
Karya Arif ini menguatkan lagi kedudukan Malaysia dalam dunia seni dan fesyen global, sekali gus menunjukkan bahawa warisan tempatan seperti batik boleh disesuaikan dengan budaya pop antarabangsa tanpa mengorbankan nilai estetik dan tradisi yang penting.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024