Laman Utama
“Batuk, Kahak Ada Darah Pekat”- Sayu, Ibu Hamil Anak Kelima Sempat Mengadu Dalam #CatatanPregnantUsia40 Sebelum Meninggal Dunia
Sayu seorang ibu hamil anak kelima yang dikenali sebagai Aizura Zulkifli sempat mengadu rasa tidak selesa sebelum menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama kemudian.
Malah dalam catatan terakhir itu, arwah membuat hashtag dengan menyatakan catatan kehamilan di usia 40 tahun #catatanpregnantdiusia40.
Allahyarhamah sempat mengadu dia mengalami batuk dan sesak nafas yang lama dan luar biasa sejak hamil namun doktor dan pihak klinik hanya memberikan ubat.
“Nikmat bernafas, Nikmat berak, Nikmat kentut. Antara nikmat yang jarang kita syukuri. Sebab hari-hari kita dapat buat tanpa masalah. Bangun pagi je nahhhh dah boleh hirup udara segar. Masuk toilet boleh melabur seperti biasa.
“Sejak aku buka buku pink hari tu aku dah terbatuk batul kecil. Nurse ada tanya masa tu, tapi aku cakap sebab aku muntah lepas gosok gigi, so tekak tak selesa. Rupanya batuk tu bukan sekejap je.
“Batuk ni menyebabkan aku semakin mengah nak bernafas, sampai ofismate ingat aku pi jogging bila batuk makin teruk, apa aku makan semua aku muntahkan balik. Semua. Aku jadi tak lalu nak makan lepas tu. Muntahkan makanan, tak makan, maka tak berak.
“Few days lepas tu, hari selasa 18/10, aku batuk, mengah dan sakit dada belah kanan, kahak ada darah sikit. Aku pi klinik. Doktor bagi ubat batuk herba sahaja. Kalau sakit dada sangat boleh amik paracetamol. Ubat lain memang tak sesuai,” ceritanya.
Keadaan Aizura semakin teruk dan sempat mengadu dengan suami sesak nafas dan dadanya sudah tak selesa namun suaminya ketika itu masih berada di tempat kerjanya.
“Hari khamis, aku rasa agak ok dan ada selera makan. So pagi makan bihun kat opis. Tengah hari tu aku makan limau sejuk. Lepas makan limau tu rasa tak selesa kat dada kanan. Bukan rasa ketat, tapi rasa sakit mencucuk. Aku agak ni angin.
“Khamis malam dah start rasa tak larat, cakap kat husband tapi dia macam berbelah bahagi nak balik, ada urusan lagi. Aku macam dah tak kisah dah kalo dia tak balik aku call je la ambulans. Yam dengan Haajar pandai2 la survive. Aku takleh baring, sakit sangat. Tak ada posisi yang selesa. Aku just boleh tidur duduk je. Tarik nafas dan batuk rasa sakit sangat dada.
“Sebelum subuh husband dah sampai dari Johor. Dalam pukul 4 macam tu aku sakit dada sangat. Nafas mencungap. Bila tarik nafas dalam2 rasa macam kena tikam. Aku decide amik paracetamol, kurang sikit sakit. Tak boleh tidur langsung, just pejam mata tahan sakit je,” ujarnya.
Ibu anak empat itu bagaimana pun memberitahu dia terpksa ke klinik kerana dadanya masih tak selesa dan doktor dapt oksigennya menurun.
“Jumaat aku sekali lagi pi klinik. Oksigen turun sikit so doktor bagi neb. Dapat ubat sembelit juga. Ha iye. Seminggu tak berak ok.
“Alhamdulillah now aku dah boleh nafas agak baik. Kalau baring masih tak selesa. Tarik nafas dalam2 still ada rasa mencucuk dada tu so aku just nafas pendek-pendek je. Semua aktiviti melibatkan otot dada dan perut macam batuk, bersin, muntah, menguap, tarik nafas dalam dalam, semua buat aku rasa sakit. Kahak pagi still ada darah pekat, agaknya aku batuk kuat sangat,” luahnya.
Aizura beritahu itu pengalaman pertama dialaminya dan sempat meminta semua mendoakan kesihatan dan urusan kehamilannya dipermudahkan.
“Doakan aku sihat macam biasa k. Gambar aku masa sakit buruk sangat. Aku masih tak berak ni. Doakan aku berak k. Ni je yang aku harapkan sekarang,” pintanya.
Luluh hati kala melihat perkongsian yang dipaparkan oleh Allahyarham pada 10 september lalu.
Allahyarham dan suami, Ahmad Zukhairi Sulaiman rupanya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 11.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian Zaidi Harun memaklumkan kematian Allahyarham Aizura Zulkifli diklasifikasikan kematian mengejut.
“Makluman dari hospital, jenazah baru dibedah siasat kerana kematian diklasifikasikan mengejut oleh pihak polis. Proses lebih kurang 3-4 jam.
“Jangan lekang titipkan doa di bibir kalian semoga dipermudahkan urusan.
Perginya ke alam abadi seorang ibu bersama syahid kecil yang sangat disenangi keperibadiannya,” pinta suaminya.