Laman Utama

Baucar Tunai Hingga RM15,000? Sambut Tahun Baru Cina Lebih Meriah Menerusi SYOK!

Hanafis Haris
24/01/2021
15:26 MYT
Sponsor Banner
Baucar Tunai Hingga RM15,000? Sambut Tahun Baru Cina Lebih Meriah Menerusi SYOK!

Tahun Baru Cina bakal tiba beberapa minggu saja lagi dan bersempena perayaan ini, aplikasi gaya hidup dan hiburan SYOK menawarkan baucar tunai Shopee menerusi ‘SYOK Ang Pow Bonanza’.

Tawaran ini bermula dari 24 Januari hingga 12 Februari 2021.

Paling hebat, semua rakyat Malaysia berpeluang membawa pulang sebahagian daripada baucar tunai Shopee bernilai RM15,000 di aplikasi SYOK untuk meraikan perayaan ini bersama keluarga sambil duduk di rumah untuk memastikan keselamatan semua.

Anda hanya perlu strim jenama radio kegemaran anda di aplikasi SYOK, dapatkan kod dan anda berpeluang membawa pulang baucar tunai Shopee bernilai RM1,000.

Maklumat lanjut seperti berikut:

    • Pertama, muat turun aplikasi SYOK;

    • Kemudian, strim radio kegemaran anda dari lebih 20 jenama di aplikasi SYOK;

    • Sebuah kod akan muncul di skrin. Klik pada kod tersebut untuk masuk ke halaman peraduan;

    • Lengkapkan maklumat peraduan beserta kod, slogan dan tekan hantar.

Untuk makluman, penyertaan ‘SYOK Ang Pow Bonanza’ dibuka dari Ahad hingga Jumaat, bermula 12 tengah hari hingga 11.59 pagi keesokan harinya.

Satu (1) pemenang bertuah akan diumumkan setiap hari pada 5 petang melalui aplikasi SYOK.

Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi SYOK sekarang.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar