Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bawa Anak Lima Bulan Naik Jetski, Ria Ricis Mohon Maaf - “Kami Akui Memang Salah, Jangan Tiru Aksi Ini”

Mya Amri 14/01/2023 | 14:45 MYT
Pempengaruh media sosial dan juga YouTuber Indonesia, Ria Ricis memohon maaf selepas teruk dikecam netizen.
Hal ini kerana Ria dan suaminya, Teuku Ryan telah membawa anak mereka yang berusia lima bulan iaitu Moana bermain jetski dan boleh mengundang bahaya.
Lebih-lebih lagi bayi itu dilihat tidak sebarang memakai jaket keselamatan atau pelampung.
Menyedari perbuatannya itu telah mengundang rasa kurang senang netizen, Ria yang muncul dalam program Rumpi No Secret Trans TV baru-baru memohon maaf atas kelakuannya.
Malah Ria juga turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pihak yang mengingatkan tentang kekhilafan dirinya.
“Kami amat terima kasih buat rakan-rakan yang mengingati kami, maaf kalau ada salah. Jadi jangan ditiru aksi itu.
“Salah kerana memang tidak sesuai pada usia itu, tingginya juga tidak memadai, berat badannya juga, jadi kami akui salah kami,” katanya.
Bagaimanapun, Ria tidak mengambil hati dengan kecaman yang diberikan sebaliknya sudah menjangkakan hal tersebut.
“Aku apa sahaja salah, jadi bawa santai saja,” katanya ringkas.
Ria sebelum ini juga memuat naik hantaran di akaun Insta Stories miliknya berkenaan perkara itu.
“Maaf ya Moana, parenting ibu memang tidak sebagus dengan ibu-ibu yang lain. Tetapi Insya-Allah, Moana akan terus aktif bersama ibu,” tulisnya.
Terdahulu, Ria yang juga merupakan adik kepada pelakon Oki Setiana Dewi ini juga terkenal sebagai content creator yang sering melakukan kontroversi.
#Ria Ricis
;