Hiburan
Bawa Isteri Tunai Umrah, Azman Nastia Mohon Doa Peminat
Vokalis kumpulan Nastia, Nur Azman Azahari atau lebih dikenali Azman telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam, untuk menunaikan ibadah umrah.
Tidak keseorangan, Azman berangkat bersama isterinya, Fatin Inani serta keluarga.
Menerusi entri di Instgram (IG) miliknya, Azman mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga.
Vokalis kumpulan yang terkenal dengan lagu Rapuh itu turut meminta peminatnya supaya mendoakan perjalanannya ke tanah suci akan dipermudahkan.
"Saya Nur Azman, isteri dan keluarga saya akan berangkat ke Tanah Suci Mekah fitrah Al-hajj untuk menunaikan ibadah umrah di tanah suci kota Makkah Al Mukaramah.
"Di sini saya, isteri serta keluarga saya ingin memohon ampun dan maaf seikhlas hati atas semua salah silap (sengaja/tidak sengaja), halalkan apa yang dimakan/diminum/diambil dan doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali dan dapat menjalani ibadah umrah yang sempurna.
"Semoga Allah selalu memudahkan langkahku bersama isteri serta keluarga sehingga dapat menjalankan rangkaian ibadah tanah suci dengan khusyuk dan tiada halangan satupun juga. Amin YARABBALALAMIN.. "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah." (QS. Al Baraqah: 196)," tulisnya.
Ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di tanah suci Mekah sepanjang bergelar suami isteri.
Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Leo berjalan lancar.
Azman dan Fatin berkahwin pada 12 September lalu di Pulau Pinang.