Berita

"Bawa Ke Emergency Terus!" - Anak Demam Cecah 39.5 Darjah Selsius, Anzalna Tak Cukup Tidur Jaga

ZULHILMI JALIL
19/10/2020
00:45 MYT
Sponsor Banner
"Bawa Ke Emergency Terus!" - Anak Demam Cecah 39.5 Darjah Selsius, Anzalna Tak Cukup Tidur Jaga
Pelakon Anzalna Nasir memaklumkan bahawa anaknya, Mohamad Eidrees yang baru berusia setahun mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu.
Menurut Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md. Nasir, 32, anaknya itu kemudian dikejarkan ke hospital selepas suhu badannya mencecah hampir 40 darjah selsius.
"Sejak beberapa hari lalu, Eidress tidak sihat. Dia demam. Suhu badannya, cecah 39.5 darjah selsius. Bawa ke emergency (jabatan kecemasan) terus!
"Nak ikutkan hati, nak admit (masuk wad), tetapi macam-macam dalam kepala dengan keadaan sekarang ini," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Begitupun, katanya atas nasihat doktor, dia kemudian membawa pulang Eidrees untuk dipantau keadaan kesihatannya di rumah sahaja.
"Jadi, doktor nasihatkan suruh pantau dan bagi ubat dulu. Saya bersyukur kami buat keputusan yang betul untuk bawanya pulang ke rumah.
"Pantau dari rumah biarpun tak cukup tidur dan rehat, tetapi gembira dan lega sangat bila tengok Eidress kembali seperti sedia kala. Syukur Alhamdulillah. High five! @hanif_zaki kerjasama yang bagus," coretnya.
Dalam entri tersebut, Anzalna berkongsi sebuah video yang memaparkan Eidrees yang cukup mudah untuk minum ubat yang diberikan kepadanya.
Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar anaknya itu segera sembuh.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 32, pada 21 Februari 2016.
Selepas tiga tahun berkahwin, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar