Laman Utama

Bawah Mata Ibu Aril Pilus Terkoyak, Jatuh Tersadung Bucu Meja - "Mak Masih Pening & Tak Dapat Buka Mata..."

Amri Hassan
24/11/2021
04:47 MYT
Sponsor Banner
Bawah Mata Ibu Aril Pilus Terkoyak, Jatuh Tersadung Bucu Meja - "Mak Masih Pening & Tak Dapat Buka Mata..."
Penyanyi Aril Pilus berkongsi perkembangan terkini ibunya, Normah Abdullah, 67, yang mengalami kecederaan bawah bahagian matanya akibat terjatuh dan tersadung bucu meja.
Kongsi Aril menerusi Instagram Stories, ibunya yang dikejarkan ke Hospital Jasin, Melaka sudah dibenarkan pulang dan berehat di rumah.
Bagaimanapun, mereka perlu sentiasa memantau dan akan membawa bertemu doktor pakar mata ekoran penyakit diabetes yang dihidapi ibunya.
"Mak dah balik rumah. Buat x-ray pun doktor cuma bagitahu tak ada apa-apa yang serius cuma luka yang dekat bawah mata tu dijahit.
"Mak masih lagi pening dan tak dapat buka mata di bahagian yang cedera.
"Disebabkan diabetes, esok kena juga pergi periksa kat doktor pakar mata untuk pastikan keadaan mak baik.
"Terima kasih atas doa dan sokongan moral anda, semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah," kata Aril.
Terdahulu, Aril berkongsi keadaan bawah mata ibunya yang terkoyak selepas tersadung bucu meja makan ketika keluar dari tandas sekitar jam 3 pagi.
"Terkejut kakak call pagi-pagi buta bagitahu mak jatuh tersungkur kat dapur pagi tadi. Koyak pula bawah mata mak. Allahuakbar.
"Bengkak dah sebelah muka, now mak kat Hospital Jasin. Doktor akan pantau sampai pukul 2, sebab lepas jatuh tu mak muntah-muntah.
"Insya-Allah lepas x-ray nanti boleh tahu update. Moga mak sentiasa dalam lindungan Allah," kongsinya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar