Laman Utama

“Bayangkan Itu Mak Ayah Kita” - Aliff Syukri Minta Jangan Hina Najib & Rosmah

Azwa Rahman
02/09/2022
02:08 MYT
Sponsor Banner
“Bayangkan Itu Mak Ayah Kita” - Aliff Syukri Minta Jangan Hina Najib & Rosmah
Usahawan kosmetik kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri menegur tindakan segelintir individu yang ‘bertepuk tangan’ di atas musibah yang melanda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, dia menuntut orang ramai agar tidak mengkeji dan menghina pasangan itu selepas kedua-duanya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
“Dugaan Najib dan Rosmah di hujung usia… jangan mengkeji dan menghina melampau.. cuba bayangkan itu mak ayah kita.
“Lagipun dugaan kita nanti tak tahu lagi macam mana awak,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah, Aliff turun berkongsi sekeping foto Najib dan Rosmah sebagai hantaran di laman Instangam miliknya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Baby Sayang itu turut berkongsi pengalamannya sewaktu ditahan pihak polis bagi membantu siasatan sebuah kes yang didapati tidak bersalah.
Aliff berkata, kejadian itu memberi impak yang besar pada dirinya dan dia tidak dapat melupakan momen yang sukar itu sehingga ke akhir hayatnya.
“Saya nak cerita sikit kat awak ni. Dulu saya pernah naik kereta polis dan ditahan untuk siasatan kes yang saya tidak bersalah.
“Itu pun saya tak mampu tidur dan kencing sebab ketakutan dan malu. Malah itu adalah detik yang tak dapat saya lupakan seumur hidup saya.
“Ini pulak kes seperti Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib.. saya tak dapat nak bayangkan perasaan tu jika saya di tempat mereka,” jelasnya lagi.
Tambah usahawan itu lagi, dia bukanlah penyokong tegar Najib dan Rosmah tetapi menyeru semua orang agar tidak menghitung dosa orang lain.
“Semoga kedua-duanya tabah dengan dugaan ini yang bukan calang-calang. Salah atau tidak biar Allah yang tahu dan biarkan badan berwajib membuat tindakan.
“Kita jangan lah menambahkan lagi tekanan kepada mereka. Janganlah kita sibuk menghitung dosa orang lain sampai kita terlupa nak hitung dosa kita sendiri.
“Ingat, kesalahan mereka pun ujian untuk diri kita juga. Jangan seronok dengan dugaan orang lain sebab tangan yang menaip pun bakal disoal nanti.
“Kita tak pasti lagi nasib kita esok lusa bagai mana,” ujarnya panjang lebar.
Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya menyokong saranan Aliff agar tidak bergembira di atas kesusahan orang lain.
Sekadar info, perkongsian tersebut telah menerima hampir 28,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Untuk rekod, pada penghujung Julai lalu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Manakala Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta terhadap Rosmah Mansor.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar