Hollywood

Bayi Perempuan Christina Perri Meninggal Dunia Dalam Kandungan - "Saya Tidak Mendengar Suaranya Ketika Dia Dilahirkan"

Amri Hassan
25/11/2020
14:47 MYT
Sponsor Banner
Bayi Perempuan Christina Perri Meninggal Dunia Dalam Kandungan - "Saya Tidak Mendengar Suaranya Ketika Dia Dilahirkan"
Penyanyi dan komposer Christina Perri memaklumkan bayi perempuannya yang dikandungnya meninggal dunia selepas dua minggu ditahan di hospital akibat komplikasi.
Menerusi kenyataan di Instagramnya, Perri, 34, memberitahu bayi perempuan dalam kandungannya itu meninggal dunia pada malam tadi waktu tempatan.
"Malam tadi kami telah kehilangan bayi perempuan kami. Dia telah dilahirkan tanpa sebarang bunyi selepas berjuang untuk hidup.
"Semoga dia tenang dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga kami," tulis Perri.
Awal November lalu, Perri memohon doa daripada peminatnya selepas bayinya mengalami komplikasi pada bahagian usus.
Tiga hari kemudiannya, Perri memaklumkan bayi perempuannya itu perlu menjalani pembedahan sejurus selepas dilahirkan.
"Bayi kami akan menjalani pembedahan selepas dilahirkan, kami akan berada di hospital lebih lama dan bersedia dengan semua kebarangkalian," tulisnya.
Perri dan suami, Paul Costabile dikurniakan seorang cahaya mata, Carmella yang berusia dua tahun.
Pada Julai lalu, Perri mengumumkan sedang berbadan dua selepas keguguran pada Januari 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar