Bazli Serah Duit Sumbangan RM11,430 Pada Keluarga Adam Rayqal
Syafiqah Jalal
19/07/2018
04:41 MYT
Penyanyi kumpulan UNIC, Bazli selesai menyerahkan duit sumbangan kepada ibu bapa Adam Rayqal yang kehilangan anak mereka dalam keadaan yang menyayat hati.
Bazli UNIC yang membantu mengutip derma untuk keluarga tersebut telah berjaya mengumpul duit sumbangan tersebut sebanyak RM11,430.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Bazli membuat pertemuan dengan ibu bapa Adam Rayqal untuk menyerahkan sendiri wang sumbangan tersebut.
Bazli bersyukur kerana akhirnya duit sumbangan itu dapat diserahkan sendiri kepada keluarga tersebut.
“Jika kita nak rasa bahagia, carilah kebahagiaan tu dgn cara membahagiakan org lain. itulah yang kami kami belajar dalam pertemuan ringkas malam tadi bersama keluarga tersayang Adam Rayqal, saudara Sufi dan Farah.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selesai sudah pemberian wang sumbangan org ramai kepada keluarga kecil mak ayah anak syurga Adam Rayqal
“Pelbagai perkongsian dapat kami dengar dari mak ayah Adam Rayqal. Sebak, sedih dan pilu menyelubungi perasaan apabila kami dengar live sendiri dari mereka.
“Alhamdulillah, kehadiran kami jg disambut baik dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan dan nampak garis gembira di riak wajah mereka. Kami lega melihat mereka berdua tersenyum walaupun pastu dalam hati hanya Allah saja mengetahui. .
“Terima kasih atas sumbangn orang ramai dan sokongan yang diberikan untuk membantu keluarga ini.,” tulisnya.
Bazli turut memuat naik foto pertemuan serta penyerahan wang suambangan tersebut.