Laman Utama
Beberapa Tahun Alami Depresi, Penyanyi Coco Lee Meninggal Dunia Akibat Bunuh Diri
Penyanyi yang juga penulis lagu asal Hong Kong, Coco Lee meninggal dunia pada usia 48 tahun pada Rabu selepas koma beberapa hari.
Khabar duka tersebut disampaikan oleh adiknya, Carol dan Nancy.
Selain itu, Coco Lee dikhabarkan cuba untuk membunuh diri pada 2 Julai lalu. Difahamkan, Coco Lee didiagnos dengan masalah depresi sejak beberapa tahun lalu.
Setelah cuba untuk bunuh diri, Coco Lee terus mendapat rawatan. Namun, dia menghembuskan nafas terakhir pada hari ini.
Pihak keluarga Coco juga memohon doa daripada peminat dalam melalui waktu duka ini.
Coco Lee dilahirkan di Hong Kong pada 17 Januari 1975. Dia dikenali sebagai penyanyi dan penulis lagi, produser dan jua pelakon.
Kariernya dalam bidang hiburan bermula di Hong Kong dan kemudian ke Taiwan. Dia mula dikenali menerusi lagunya berjudul Do You Want My Love. Lagu tersebut membawakan namanya sehingga ke Ameria Syarikat.
Sumber: CNN Indonesia