Hiburan

Beego Terkejut Isteri Fail Cerai, Dakwa Tak Terima Notis Dari Pihak Guaman Linda Hashim

Umirah Halim
06/02/2025
03:05 MYT
Sponsor Banner
Beego Terkejut Isteri Fail Cerai, Dakwa Tak Terima Notis Dari Pihak Guaman Linda Hashim

Pelakon Beego terkejut setelah menerima berita tentang kenyataan isterinya, Linda Hashim sewaktu sesi soal jawab bersama media pada pagi Khamis.

Tak terima notis

Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 44, dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.

Malah, dakwa pihaknya tidak mendapat sebarang notis atau makluman mengenai prosiding sebutan pertama tersebut.

“Salam semua, terkejut pagi mendengar kenyataan isteri yang saya dimaklum tentang kes mahkahmah.

“Tidak ada pemberitahuan dan notis dari guaman Nurul. Ada mana-mana peguam boleh mewakili saya. Allahuakbar,” tulisnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Linda hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendirian tanpa kelibat suaminya yang juga pelakon, Beego pada jam 9:10 pagi Khamis, hari ini.

Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.

Terdahulu, Linda dan Beego pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April tahun sama.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

BERITA BERKAITAN: Linda Hashim Tiba Di Mahkamah Sendirian Bagi Sebutan Pertama Kes Cerai, Beego Tak Hadir
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024