Terkini

Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta? - “Saya Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh…”

Amri Hassan
16/11/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta? - “Saya Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh…”
Bekas adik ipar Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu Ayunie dikatakan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman ushawan itu sebanyak lebih RM5 juta.
Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.
"Kali ini saya nak bersuara sebab sudah penat dengan permainan bodoh ni. Selama ni saya sabar sebab ikut arus undang-undang seperti yang keluar daripada mulut dia (Iqbal).
"Saya sabar dengan segala tomahan, fitnah, perkara tak betul yang dia lemparkan sehingga mencemarkan maruah saya.
"Nak tak nak kali ini dia kena jawab saman saya. Sila hadirkan diri di mahkamah kalau betul dia benar. Sebab saya percaya saya benar. Saya tak keluarkan apa-apa bukti lagi," katanya.
Ayunie juga mendakwa Iqbal pernah menyatakan mahu menyaman dirinya dan masih menunggu surat saman itu.
"Saya pelik sebab sebelum ini dia kata nak saman, tapi sampai sekarang tak ada pun. Siap kata sudah lantik peguam. Tetapi, sudah berbulan lamanya saya tunggu tak sampai pun surat tuntutan ataupun mana-mana surat saman.
"Apabila saya hantar peguam untuk selesaikan hak saya selepas dia mencemarkan nama saya, dan dalam masa sama saya mahu mencari titik noktah, tapi dia jadikan perkar ini satu 'permainan' pula. Sehinggakan peguam dia cakap tidak lagi mewakili Iqbal," katanya.
Ayunie yang mengusahakan produk Vitamilk berkata, tindakan Iqbal itu seolah-seolah sengaja mahu menjadikan ia satu 'marketing' dan kepentingan dirinya.
"Apa yang dia cuba buat selama ini adakah untuk 'marketing' saja? Puas hati tengok orang bergaduh? Sebelum ni saya dengan adiknya baik-baik sahaja," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024