Viral
Bekas Czer Baru Pulih, Wanita Berdepan Pula Trauma IUCD Hilang Dalam Rahim - “Doktor Lepas Tangan, Buat Kerja Macam…”
Seorang wanita berkongsi detik cemas ketika dia mendapatkan rawatan Cegah Kehamilan (IUCD) di sebuah klinik kesihatan selepas melahirkan anak secara pembedahan.
Rawatan cegah kehamilan
Menerusi perkongsian di Facebook wanita bernama Hidayah, dia berkata kejadian itu berlaku ketika rawatan tersebut didakwa dikendali oleh pegawai perubatan bahagian Klinik Ibu dan Anak.
Dakwa wanita itu, sebelum rawatan dijalankan, doktor bertugas telah membuat Imbasan Tomografi Berkomputer (Ct-Scan) dan mendapati rahimnya agak kebelakang sehingga menyukarkan proses untuk memasukkan IUCD.
“Baru lepas habis pantang kelahiran secara pembedahan Caesar (czer) datang klinik kesihatan untuk dapatkan rawatan Cegah Kehamilan (IUCD) bertukar tragedi yang menakutkan.
“Sebelum pemasangan dia kata banyak keputihan, aku cuba tanya lagi ‘boleh ke doktor?’ dan jawapan yang sama, ‘tak mengapa, kita cuba’. Semasa pemasangan doktor tu sendiri alami kesukaran dan aku alami kesakitan,” kongsinya.
Kecuaian doktor
Apa yang membuatkan Hidayah lebih kesal adalah kecuaian doktor tersebut yang menyebabkan IUCD yang telah dipasang tidak berada dalam rahimnya dan dia terpaksa dikejarkan ke hospital.
“Selepas dah pasang terus buat Ct-Scan didapati IUCD tiada dalam rahim! Doktor tersebut minta dua doktor lain untuk melakukan scan lagi dan didapati IUCD tiada ditempat sepatutnya dan perlu dikeluarkan.
“Doktor yang pasang IUCD aku terus hilang buat kerja seperti biasa tanpa jumpa aku untuk meminta maaf. Rupanya perkataan ‘tak apa kita cuba’ maksudnya ‘dia mencuba bermain dengan nyawa’,” luahnya.
Pembedahan kecemasan
Hasil pemeriksaan doktor pakar mendapati IUCD sudah menembusi rahim sehingga terdapat pendarahan yang memerlukan wanita itu menjalani pembedahan kecemasan.
“Ya Allah waktu ini aku betul-betul mental down! Dengan bekas czer sebelum ini baru pulih dan perlu czer lagi untuk buang IUCD, dengan anak dua bulan lebih yang fully breastfeeding dan ada plan nak sunatkan anak sulung.
“Aku tahu setiap perancang yang kita ambil mesti ada risiko, tapi risiko macam ini ke yang patut aku hadap? Doktor lepas tangan, buat kerja macam tak ada apa-apa yang berlaku, tak ada rasa serba salah ke?
“Bila aku menangis, petugas tenangkan dan cakap ‘memang akan ada risiko bila pasang IUCD’ macam tu ke cara tenangkan?
“Ibarat letakkan silap tu dekat aku, sebab aku nak pasang IUCD jadi pandai-pandai lah ambil risiko, macam ni ke maksudnya?” soal Hidayah.
Hidayah telah membuat laporan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atas insiden yang menimpa dirinya selain memohon doa daripada orang ramai agar mental dan fizikalnya kembali pulih seperti biasa.
Must-Watch Video