Berita
Bekas Gitaris Ekamatra Berdepan Hukuman Penjara 30 Tahun Atas Pertuduhan Membunuh
Bekas gitaris kumpulan rock Ekamatra, Md Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas.
Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Alor Setar, hari ini.
Selebriti itu didakwa melakukan perbuatan tersebut antara jam 2 petang hingga 6 petang pada 25 Februari lalu.
Mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun dan denda.
Bagaimanapun, dalam satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret, Md Nurul Azman mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan pecah rumah pada 5 Disember 2016 antara jam 9.30 pagi hingga 10 pagi.
Kesalahan itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda.
Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk penetapan hukuman.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Sumber: Berita Harian
Foto: Berita Harian & Kosmo