Laman Utama

Bekas Isteri Ammar Alfian, Nelissa Selamat Bernikah Selepas 3 Tahun Bercerai

Syafiqah Jalal
06/03/2023
04:26 MYT
Sponsor Banner
Bekas Isteri Ammar Alfian, Nelissa Selamat Bernikah Selepas 3 Tahun Bercerai
Bekas isteri pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam selamat bernikah dengan pasangannnya yang dikenali sebagai Luqman Hisham pada 23 Februari lalu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nelissa menerusi satu kemas kini terbaharunya di akaun Instagram miliknya.
"Mr & Mrs - 23.02.2023," tulisnya dalam kapsyen.
Menerusi entri yang sama Nelissa yang merupakn ibu tunggal anak seorang itu turut memuat naik fotonya dan pasangan sedondon berbaju nikah berona putih.
Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai pengikutnya yang rata-eata mengucapkan tahniah di atas perkahwinan mereka.
Terdahulu, Gempak ada melaporkan satu artikel mengenai pasangan itu yang mengadakan sesi penggambaran pra perkahwinan mereka sekaligus memberi bayangan mahu mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Ammar dan Nelissa mendapat kebenaran untuk bercerai secara tebus talk daripada pihak Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Oktober 2020.
Terdahulu mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki Kyri Shakur yang kini berusia 4 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar