Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bekas Isteri Beri Kek Ulangtahun Pada Anak Mulan, Ahmad Dhani: “Demi Konten”

Maliah Surip 19/03/2022 | 09:32 MYT
Hubungan baik saat menjadi rakan dalam kumpulan duo, Ratu, di antara Maia Estianty dengan Mulan Jameela menjadi renggang selepas suami Maia, Ahmad Dhani menikahi Mulan secara sembunyi lebih 10 tahun lalu.
Sejak itu, Maia dan Mulan diketahui tidak pernah bertegur sapa, sehingga para peminat fanatik Maia selalu melabel Mulan sebagai perampas suami orang.
Ahmad Dhani dan Maia juga tidak mempunyai hubungan yang baik, walaupun kadang kala masih bertemu dalam majlis hiburan dan menjaga tiga anak bujang hasil perkahwinan mereka dahulu, bersama.
Namun, di sebalik ketegangan hubungan mereka bertiga, Maia yang kini merupakan isteri usahawan kaya, Irwan Mussry baru baru ini telah menghadiahkan kek sekaligus meraikan ulang tahun anak perempuan hasil perkahwinan Dhani dan Mulan, Safeea.
Safeea diketahui genap berusia 11 tahun pada awal Mac lalu. Kek ulang tahun tersebut dikirim Maia melalui dua anak lelakinya, Al Ghazali dan juga El Rumi yang meraikan ulang tahun adik tiri perempuan mereka di kediaman Dhani.
Selepas dua minggu berlalu, Dhani mengatakan perbuatan Maia memberi kek tersebut demi sebuah konten.
“Mungkin untuk buat konten. Sebab apa? Sebab rakaman itu tersiar dari saluran YouTube Maia AlElDul kan," kata Ahmad Dhani dari video yang tersebar di media sosial, lapor Insertlive.
Personel band Dewa 19 itu menambahkan, anak-anaknya terpaksa menuruti kemauan Maia demi konten meraikan ulang tahun Safeea.
“Anak anak macam tak selesa dengan tindakan ibunya, tapi sebagai anak, mereka menurut sahaja.
“Ya, itu konten. Semua yang ada dalam YouTube Maia AlElDul itu semua konten,” kata Dhani lagi.
#Ahmad Dhani #Kek #Mulan #Konten
;