Bekas Isteri Luqman Hafidz Dakwa Rumah Tangga Musnah Gara-Gara Orang Ketiga? - “Semoga Kalian Bahagia Di Atas Penderitaan & Kesedihan Saya”
Perkongsian bekas isteri kepada pelakon Luqman Hafidz iaitu Nurul Atiqah Mad Apandi di Instagram mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian itu, Atiqah seakan-akan memberi bayangan bahawa rumah tangga dia dengan Luqman musnah disebabkan orang ketiga yang didakwa seorang wanita yang dikenali sebagai Eryn Gani.
“Alhamdulillah. Terima kasih kepada @luqmanhafidzx & @eryn_gani kerana telah bersama-sama meruntuhkan rumah tangga saya.
“Semoga kalian bahagia di atas penderitaan dan kesedihan saya. Sekian, Terima kasih,” tulisnya.
Bagaimanapun Luqman ketika dihubungi Gempak menegaskan dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang komen melibatkan rumah tangganya.
“Saya tak nak komen apa-apa… saya tetap dengan pendirian saya untuk tidak memberi sebarang ulasan,” kata Luqman ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, Luqman menerusi laman Instagram mengesahkan dia sudah berpisah dengan bekas isterinya secara baik di mahkamah pada Jun lalu.
Terdahulu, Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Eve Laura pada 6 Februari 2021 yang kini berusia setahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.