Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Video

Bekas Jurukamera Saman Facebook dan Bekas Pelarian Syria

Ahmad Shah 22/10/2015 | 08:13 MYT

Petra Laszlo, seorang jurukamera wanita yang menerima kecaman dunia kerana dengan sengaja menyadung dan menyepak mangsa pelarian Syria mengambil tindakan untuk menyaman laman Facebook dan salah seorang individu dalam video tersebut.

Menerusi temubual bersama media Rusia, Laszlo menjelaskan tindakan tersebut dilakukan selepas mendakwa Facebook merupakan medium utama yang menyebarkan kritikan dan kecaman dunia terhadap dirinya.

Jelas Petra, selain Facebook dia turut akan menyaman salah seorang pelarian Syria iaitu Osama Abdel Mohsen Alghabad yang kini bekerja sebagai salah seorang jurulatih akademi bola sepak di Sepanyol berikutan tindakannya menukar semula keterangan yang sebelum ini menyalahkan pihak polis.

“Dia (Osama Abdel Mohsen Alghabad) tiba2 menukar keterangan yang sebelum ini menyalahkan pihak polis. Suami saya mahu membuktikan bahawa saya tidak bersalah sewaktu kejadian tersebut berlaku,” jelas Petra Laszlo.

<iframe width="600" height="350" src="https://www.youtube.com/embed/_4TTBYP7lFk" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Terdahulu Petra Laszlo yang bekerja dengan stesen N1TV telah tampil memohon maaf atas tindakannya menyandung dan menendang kaki Mohsen yang sewaktu itu mendukung anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sehingga tersungkur.

Walau bagaimanapun tidak lama kemudian pihak N1TV mengambil tindakan memecatnya selepas menganggap sebagai salah seorang pengamal media Petra Laszlo harus bersikap neutral, bukan turut sama bertindak seperti pihak polis dan tentera ketika kejadian tersebut.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Daily Mail, Huffington Post,

#Kontroversi
;