Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bekas Suami Lufya Kahwini Pelakon Julia Farhana 14 Disember Lalu

Izwan Isa 20/12/2022 | 10:50 MYT
Bekas suami kepada pelakon Lufya Omar, Dr Che Hafiz menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hati, dramatis Julia Farhana Marin pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Menerusi kemas kini di Instagram, Dr Che Hafiz memberitahu, majlis akad nikah diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT buat semua. Alhamdulillah sesi akad nikah (Ijab Kabul) saya dan juga isteri, Julia Farhana telah selesai dan berjalan dengan lancar.
“Di sini saya ingin memohon maaf kerana tidak memberi sebarang jemputan kerana sesi akad nikah ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
“Saya juga mohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatan-Nya hingga ke jannah,” katanya.

A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz)

Difahamkan, Che Hafiz dan Julia baru sahaja pulang berbulan madu di beberapa lokasi di Indonesia.
“Alhamdulillah, selepas selepas majlis pernikahan, kami terus berangkat untuk berbulan madu di beberapa tempat dalam negara Indonesia. Kami baru sahaja pulang hari ini.
“Syukur semuanya berjalan lancar. Jika ada rezeki menimang anak, kami menerima dengan hati terbuka.
“Saya mohon doa orang ramai agar bahtera rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Semoga kami dapat menjadi pasangan yang sentiasa diberkati, insya-Allah,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, menerusi hantaran Instagram juga, Julia turut meminta maaf kerana tidak melayangkan jemputan kepada rakan-rakan serta pihak media bagi menghadiri majlis pernikahan mereka.
Terdahulu, Julia dikatakan sedang menjalin hubungan dengan Dr Che Hafiz. Namun, masing-masing mengunci mulut mengenai hal berkenaan.
Sebelum ini, Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
#Lufya Omar #Julia Farhana #Dr Che Hafiz
;