Laman Utama
Bekas Suami Minta Gaji, Dewi Perssik: “Dia Hanya Teman Saya Di Ranjang”
Kemelut rumah tangga Dewi Perssik dengan bekas suaminya, Angga Wijaya sepatutnya sudah berakhir dengan baik selepas lelaki tersebut menceraikan penyanyi dangdut itu.
Namun, kini nampaknya ada ‘masalah’ yang timbul sehingga Dewi Perssik atau Depe mula bercakap tentang isu rumah tangga mereka sebelum ini.
Depe dikatakan bengang dan marah selepas mendapat tahu Angga mendakwa tidak pernah menerima gaji daripada penyanyi itu. Hal itu diketahui dari pembantunya, dakwa Depe.
"Ada kata-kata yang tidak saya suka. Pembantu saya cakap ‘kamu seronoklah digaji sama Depe, tapi saya (Angga) tidak,” dedahnya di program Pagi Pagi Ambyar Trans TV baru baru ini lapor Insertlive.
Menurut Depe, kenyataan itu membuat dia berfikir apa posisi yang disandang oleh Angga.
“Saya jadi bingung, suamiku ini pengurus atau suamiku? Kalau hantar saya ke lokasi penggambaran atau persembahan pentas, adakah kena bayar?”katanya lagi.
Dia juga mendedahkan sepanjang berkahwin, Angga tidak pernah mendapatkan pekerjaan untuknya.
“Kalau dia pengurus, seharusnya mencarikan saya pekerjaan. Tapi sekarang, pekerjaan yang datang kepada saya. Dan saya minta tolong dari dia untuk semak harga pekerjaan.
“Jadi sebenarnya saya yang deal kemudian minta tolong suami kerana masih ada orang lain seperti roadman yang menguruskan saya,” jelasnya lagi.
Perempuan yang memang terkenal dengan kelantangan bersuara itu kemudian menambah bekas suaminya tidak pernah berbuat apa kecuali menemani dia di ranjang.
“Aa (Angga) cuma teman saya di ranjang,” lanjutnya.
Pelantun lagu Mimpi Manis itu juga mengatakan tidak pernah berkira dengan lelaki itu sepanjang menjadi suami isteri. Malah dia juga tidak kedekut untuk memberi wang kepada keluarga mentuanya.
“Dia mahu beli kereta, saya bayarkan deposit. Keluarga mentua juga kadang saya beri duit.
“Kalau jalan jalan atau makan misalnya, semua saya yang bayar. Jadi kurang apa lagi?”soalnya.
Pasangan ini telah berkahwin selama lima tahun sebelum memutuskan untuk bercerai. Mereka juga menafikan penceraian terjadi kerana orang ketiga, sebaliknya mengatakan sudah tidak mempunyai keserasian bersama.
Kredit Foto: Insertlive