Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bekas Tunang Mengaku Masih Sayang, Zarina Anjoulie Tersipu Malu Bila Tahu

Shahrin Zulkifle 15/02/2023 | 01:00 MYT

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya Datuk Seri Khazrul Elzey sering menjadi bualan dan mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, tular sepotong video yang memperlihatkan Khazrul membuat pendedahan dengan menyatakan dirinya masih sayang kepada bekas tunangnya itu.

“Dia kata dia sayang saya, saya lagi sayang dia. Maut maut saya sayang dia, sampai botak kepala saya,” kongsinya.

Difahamkan video tersebut dimuat naik Khazrul di TikTok Stories sebelum dirakam dan dikongsikan semula oleh seorang pengguna laman sosial tersebutl.

undefined

Sementara itu menerusi satu lagi video, Khazrul turut memaklumkan dia akan berjumpa dengan pihak keluarga Zarina dalam masa terdekat bagi menyelesaikan salah faham yang berlaku antara mereka.

“Insyallah pada 17 Feb ini saya berjumpa daddy (ayah Zarina) dan berbincang dengan dia. Doakan yang baik-baik untuk kami,” tambahnya.

Apa yang menariknya, video pendedahan sayang Khazrul itu telah mendapat perhatian aktres berkenaan.

Menerusi perkongsian yang dimuat seorang individu yang dipercayai pembantu Zarina iaitu Yaya Chan, dia sempat merakam reaksi aktres tersebut yang dilihat tersenyum malu ketika menonton semula video luahan Khazrul tersebut.

“Janganlah buat kantoi,” respon Zarina sambil tersenyum selepas mengetahui Yaya merakam dirinya.

undefinedUndi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
#Tunang #Zarina Anjoulie #Datuk Seri Khazrul Elzey
;