Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bekerjasama Dengan Pakar, Neelofa Lancar Minuman Detoks; “Saya Memang Mahu Lakukan Pelbagai Kajian & Rujukan”

Asyikin Mayudin 29/09/2022 | 10:55 MYT

Tampil dengan produk terbaharu Nilofa Plus, Drintox Pineapple Juice, usahawan dan selebriti terkenal Neelofa berkata dia sudah bersedia dengan kritikan dan kecaman yang bakal diterima.

Mengambil berat tentang bahan utama yang terkandung dalam Drintox Pineapple Juice, Neelofa turut berkerjasama dengan beberapa pakar khusus memastikan produk yang dihasilkan mencapai standard kualiti tinggi.

“Sebelum ini memang sudah ada yang bertanya mengenai produk ini dan memang kami promosikan ia sebulan awal bagi memperkenal dan mendedahkan terlebih dahulu kepada pembeli.

“Saya terima ‘sample’ awal detoks ini ketika saya baru sahaja mengandung. Cuma pada peringkat tersebut saya memang mahu melakukan pebagai kajian dan rujukan demi memastikan produk yang dihasilkan itu adalah yang terbaik dan tidak boleh diragui.

“Lalu saya beritahu ‘team’, nak hasilkan sesuatu yang betul-betul selamat, tiada risiko untuk orang cari fasal dengan kandungannya. Jadi daripada situlah kami giat melakukan ‘R&D’ secara teliti.

“Bila betul-betul puas hati barulah saya yakin untuk lancarkan. Sebab itulah daripada proses penghasilannya, ia ambil masa hampir setahun,” katanya.

Neelofa turut berkongsi secara terperinci mengenai produk tersebut ketika di Majlis Pelancaran Drintox Pineapple Juice di Colony @ KL Eco City pada Selasa.

Minuman yang membantu proses penyingkiran bahan toksin dari dalam bada itu berharga RM29.90 sekotar dan hadir dengan tujuh sachet, berasaskan kepada ‘weekly goals’.

Sementara itu, pengacara program Next To Neelofa ini mengakui dia dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz turut mengamalkan minuman tersebut pada waktu malam.

“Alhamdulillah, untuk saya sendiri bila minumnya pada waktu malam, keesokan hari perut tidak rasa terlalu memulas. Proses detoks itu berjalan lancar saja. Itu yang saya paling suka, tanpa perlu rasa ‘tak tahan’ sangat untuk ke tandas.

“Kedua ia rasa seperti jus nanas yang sedap. Suami pun turut amalkan. Jadi inilah yang paling baru daripada Nilofa Plus. Memang berdebar juga untuk lancarkan produk ini sebab sejujurnya kita tidak boleh jangka penerimaan pembeli semasa.

“Apa pun saya yakin atas segala kebaikan bahan-bahannya, detoks akan jadi pilihan semua orang,” katanya lagi.

#Neelofa #Detoks #Neelofa drinktox #Produk Neelofa,
;