Berita
Bel, JD Penyampai Radio Baru Segmen Lite Breakfast Di Lite
Stesen radio Lite mengumumkan penyampai baru mereka, Bel dan JD yang akan mengendalikan segmen pagi, Lite Breakfast bermula hari ini.
Bel dan JD digandingkan bersama bagi menggantikan penyampai terdahulu, Shaz yang mengendalikan segmen tersebut setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.
Dengan pengumuman baru itu juga, Lite menampilkan enam segmen baru yang akan memecahkan hari pagi anda dengan pelbagai topik termasuklah, sukan, bahasa, cerita selebriti, tips ibu bapa, kesihatan dan lain-lain lagi.
Enam segmen tersebut ialah Eye On The Ball, #NeverTooOld, Growing Pains, Mind Your English, Stargazing dan Eye On The Ball-Games Ahead.
Begitupun, lima segmen popular sedia ada, Breakfast Champion, The Right Perspective, Mind Matters, Healthwise dan Front Page akan terus dikekalkan untuk disajikan buat para pendengar.
Sebelum ini, Bel atau nama sebenarnya Belinda Chee merupakan pengacara bagi beberapa buah program televisyen.
Manakala, JD atau nama sebenarnya, Jason Desmond merupakan seorang yang cukup berpengalaman dalam dunia penyiaran sejak lebih sedekad lalu.
Lite boleh didengari secara terus dengan memuat turun aplikasi Syok.