Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Belanja Warga Asing Aiskrim & Yogurt, Lelaki Dapat Pujian Warganet

Gempak 18/12/2023 | 07:55 MYT

Baru-baru ini seorang TikToker yang dikenali sebagai @nigelsparks berkongsi tentang dirinya membantu seorang warga asing.

Dalam hantarannya di aplikasi tersebut, Nigel menceritakan pertemuannya dengan seorang warga asing yang meminta sejumlah wang untuk didermakan.

BERITA TRENDING: “Sedihnya…” - Letak Nombor Telefon Ibu Dekat Beg Delivery, Penghantar Makanan Buat Netizen Sebak

Namun, Nigel menyatakan bahawa dia enggan memberikan wang, sebaliknya membelanja lelaki itu dengan makanan tengah hari.

“Minggu lepas abang ni minta duit masa saya sedang makan tengah hari. Saya kata takde, tapi dia kata dia lapar. Jadi saya kata ok, duit takde tapi saya belanja dia makan tengah hari,” tulisnya.

undefined
Entri berikut menyentuh hati ramai netizen, di mana rata-ratanya meluahkan rasa terharu melihat reaksi warga asing itu yang tersenyum selepas Nigel membelikannya makanan.
Antara komen yang diterima:
“Saya terharu lihat muka dia tersenyum dapat aiskrim dengan minuman,”
“Syoknya tengok dia senyum dapat apa dia nak, awak memang orang yang baik,”
“Terima kasih Nigel, nampak dia gembira dapat ambil apa yang dia nak makan.”
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu mendapat lebih 100,000 tontonan dan 6,000 tanda suka di TikTok.
Sumber: TikTok

#Viral #Lokal #Belanja #Warga Asing
;