Terkini

“Beliau Sendiri Pernah Bergelar Artis & Jadi Duta Kepada Jenama-Jenama 'Israhell'…” – Awal Ashaari

Umirah Halim
14/05/2024
08:30 MYT
Sponsor Banner
“Beliau Sendiri Pernah Bergelar Artis & Jadi Duta Kepada Jenama-Jenama 'Israhell'…” – Awal Ashaari
Pengacara dan pelakon Awal Ashaari tampil memberi respons susulan nama nya dan isteri Scha Al Yahya tersenarai di dalam nama selebriti yang perlu dboikot di dalam sebuah hantaran Wardina Safiyyah.

Awal terkilan

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Awal rasa terkilan dan telah menyifatkan tindakan yang dibuat Wardina seolah ingin menyebarkan kebencian terhadap mereka dan warganet. "Sampai ke perhatian saya tentang seorang yang tidak mengenali saya secara peribadi, menyebut nama saya, isteri dan rakan artis yang tiada kaitan langsung dengan diri bellau.

"Mencipta kebencian, cuba memecah belahkan kami dan warganet dengan menggunakan paksi agama serta isu Palestin yang ternyata berlarutan sejak dahulu.

"Apa motif beliau? Saya terkilan kerana beliau sendiri pernah bergelar artis dan menjadi duta kepada jenama-jenama 'Israhell' seperti yang ditegaskan beliau. Kenapa sekarang?" tulisnya menerusi hantaran di Instastory.

Wardina harus faham

Sementara itu, Awal turut berpendapat bahawa Wardina seharusnya memahami komitmen sebagai seorang selebriti kerana dia juga pernah bergelar artis suatu ketika dahulu.
"Ada cara lebih baik untuk berdakwah atau mencipta gerakan tapi bukan dengan kebencian, memecah belahkan rakyat Malaysia dan menabur pasir dalam periuk nasi kami sebagai anak seni.
"Rata-rata daripada kami berusaha dalam mencari pendapatan bagi menyara banyak mulut di rumah. Kami ada anak-anak yang tidak berdosa.
"Ada cara lebih baik untuk berdakwah atau mencipta gerakan tapi bukan dengan kebencian, memecah belahkan rakyat Malaysia dan menabur pasir dalam periuk nasi kami sebagai anak seni.
"Ada ibu bapa, mentua yang perlu kami sara. Ada adik-beradik yang bergantung hidup dengan kami. Ada pekerja yang berkeluarga yang perlu diberi gaji. Ada tanggungjawab kepada negara yang perlu kami langsaikan," ujarnya.
Dalam pada itu, Awal bagaimanapun turut sempat memuji rakan artis yang berjihad memberikan doa dan sokongan tanpa menghakimi individu lain.
"Kita semua ada cara masing-masing dalam membantu dan mencipta kesedaran. Tak post, bukan bermaksud tak prihatin, tak derma bukan tidak bersimpati dan tidak membantu bukan bermaksud tidak berdoa," tegasnya.
Awal memuatnaik semula hantaran tersebut selepas Wardina dilihat lantang menyuarakan gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk pro Israel.
Terdahulu, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Mereka meluahkan rasa kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.
Warganet juga dilihat kesal berikutan selebriti-selebriti tersebut didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.

Berita Trending: Dikecam Gara-Gara Promosi Produk Dikaitkan Dengan Israel, Ini…

Berita Trending: Kenapa Netizen Senaraikan Puluhan Nama Artis,…
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar