Hiburan
Bella Astillah Bengang Dipanggil Bod** Gara-Gara Pakai Seragam Pramugari, "Dulu Memang Saya Pernah Mohon Tapi ..."
Pelakon Bella Astillah bengang apabila terdapat seorang wanita yang didakwa merupakan bekas pramugari melemparkan kata-kata kesat kerana dia memakai pakaian seragam Malaysia Airlines.
Kata Bella, 26, posting memakai pakaian pramugari itu telah mendapat kebenaran bukan dibuat sesuka hati.
"Ya Allah penat sangat nak explain (I really am) dan memang sepatutnya semua gadis ini tidak layak mendapat penjelasan saya tapi biarlah menjadi pengajaran kita bersama.
"First for all suka-suka nak suruh orang buang bodoh? Bodoh kenapa? Sebab pakai pakaian seragam tu?
"Awak sepatutnya pramugari (maaf ex pramugari) yang mewakili penerbangan Malaysia tunjuk lah contoh yang baik.
"Pasal hal saya pakai baju ni tak perlu lah nak ambil tahu biarlah orang yang sepatutnya dan yang layak.
"Saya tak bodoh. Takkan lah saya nak post gambar tu suka-suka? Mesti saya dah dapat approval untuk post. Saya tak tahu apa yang dia marahkan sangat ni?" tulisnya di Instagram (IG).
Menurutnya lagi, dia pernah memohon untuk menjadi pramugari namun niat itu tidak diteruskan kerana memilih untuk menyambung pengajian.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz berharap agar individu itu lebih mementingkan perihal lain memandangkan negara kini sedang dilanda pandemik COVID-19.
"Dulu memang saya pernah mohon tapi tawaran belajar dan kerja dapat pada masa yang sama dan saya buat keputusan untuk sambung belajar. Dan lepas habis belajar saya kahwin.
"Cik kak, sekarang ni ramai sangat orang kehilangan kerja. Saya faham ramai yang kecewa.
"Seperti apa yang awak katakan, "dah tak mampu dah hadap tapi kenapa peduli pasal gambar saya pakai baju ni ye?
"Jangan la sebab awak dah tak kerja awak marah saya pula saya ni bukan pemilik MAS. Lepas tu suka-suka cakap kita tak ada kerja, kita ke awak?
"Ok yang paling penting adalah lebih baik jika awak membersihkan hati. Awak sangat memerlukan pertolongan.
"Sepatutnya, dalam keadaan pandemik macam ni, banyak perkara yang jauh lebih penting yang harus awak risaukan bukan hal saya.
"Adalah lebih baik awak jaga diri, jaga keluarga, jaga kesihatan, jaga kewangan dan biasakan diri untuk bercakap yang baik.
"Kadang bila hati dah kotor, ada ja benda tak kena walaupun bukan hal kita. Tetapi saya tidak mengerti mengapa tidak 'move on' lagi," tulisnya lagi.
Walaubagaimanapun, posting yang dimuatnaik semalam telah dipadam oleh Bella.
Sebelum ini, Bella membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikecam kerana dianggap tidak sensitif apabila memakai pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines ketika menghadiri satu majlis hari jadi ahli keluarga.