Hiburan
Bella Astillah Kongsi Insiden Anak Terjatuh Di Tandas Sekolah - “Mungkin Waktu Itu Dia…”
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi mengenai insiden anak sulungnya iaitu Ayden Adrean yang terjatuh di tandas sekolah pada petang Isnin.
Ayden Tergelincir
Bella memberitahu kemungkinan Ayden tergelincir disebabkan dalam keadaan kelam kabut dan tidak dapat menahan untuk membuang air kecil.
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Cuak, Anak Terjatuh Dalam Tandas - "Dapat Panggilan Dari Sekolah, Allahu Berdebar..."
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”
Selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik, Bella memaklumkan Ayden tidak mengalami sebarang kecederaan dan keadaannya baik-baik saja.
“Cikgu dia yang maklumkan yang dia jatuh kat tandas sekolah. Saya dah berpesan dekat Ayden, jangan kelam kabut nak pergi tandas… mungkin waktu itu dia kelam kabut dan tak tahan, jadi dia tergelincir.
“Memang dia jatuh sendiri. Tapi alhamdulillah, selepas bawa dia pergi pemeriksaan di klinik, dia tak ada apa-apa,” kata Bella kepada Gempak.
Gementar & Sedih
Terus bergegas dari lokasi kerja ke sekolah, Bella berkata Ayden dalam keadaan gementar dan sedih sebelum dibawa ke klinik untuk pemeriksaan.
“Ayden nervous dan sedih tapi bila saya sampai di sekolah, dia dah nampak okay sikit. Memang saya terus bawa dia pergi klinik waktu itu.
“Ikutkan waktu dapat panggilan dari sekolah, saya tengah bekerja dan nasib baik juga saya berada berdekatan dengan sekolah… terus bergegas ke sana,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Bella Astillah berkongsi detik cemas apabila dia menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah anak sulungnya, Ayden Adrean pada petang Isnin.
Berdebar sepanjang perjalanan, Bella memberitahu dia bergegas ke sekolah Ayden selepas dimaklumkan anaknya itu jatuh dekat bilik air.