Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tiada Hubungi, Tanya Khabar Anak-Anak Selepas Bercerai – “Tak Ada Langsung”
Kongsi Perkara Positif
Bercakap kepada Gempak, pemilik nama lengkap Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, itu mahu fokus bersama anak-anak dan kerjaya.
“Saya faham perasaan itu, saya memang dah tak suka untuk kongsikan apa-apa sebab saya nak move on dan kongsi perkara positif.
“Tapi bila perkara ini tidak berhenti, jadi saya rasa perlu noktahkan semuanya,” katanya.
Tiada Niat Pisahkan Anak-Anak
Jelas Bella lagi, dia tiada niat langsung bertindak untuk memisahkan anak-anak dengan bekas suami dan keluarga mentua.
“Ada yang cakap saya tak patut pisahkan dan sebagainya, sebab itu saya perlu katakan sesuatu agar orang tahu saya tiada niat langsung untuk pisahkan.
“Biar perkara itu jelas dan selepas ini kalau ada pihak sana yang bercakap atau balas balik saya tak mahu cakap apa dah sebab semuanya sudah terungkai.
Aliff Tak Hubungi
Dalam pada itu, Bella berkongsi bahawa Aliff tiada menghubungi dirinya untuk bertanyakan soal anak-anak.
“Tiada, langsung tiada (dihubungi Aliff).
“Anak-anak juga tidak bertanya. Hak penjagaan sepenuhnya pada saya cuma saya minta bagi ruang kerana masa terlalu singkat dan saya tak mahu benda lepas berulang,” tutupnya.