Laman Utama
Bella Hadid Curi Perhatian Dengan Fesyen Inspirasi Paru Paru Manusia Di Festival Cannes Ke-74
Penampilan supermodel terkenal, Bella Hadid sentiasa mencuri perhatian peminat dan media seluruh dunia.
Selepas tampil dalam gaun rekaan Jean Paul Gaultier inspirasi Naomi Campbell baru-baru ini, Bella sekali lagi menyerlah dengan gaun hitam Schiaparelli di acara karpet merah tayangan perdana filem Tre Piani (Three Floors), Festival Filem Cannes ke-74.
Rekaan jenama yang mula diasaskan pada era sama dengan Coco Chanel itu direka hitam sepenuhnya dan dipadankan bersama rantai keemasan dengan inspirasi paru paru manusia yang menutup bahagian dada Bella.
Persalinan dan rantai dengan inspirasi paru paru manusia itu direka khusus oleh pereka Daniel Roseberry yang merupakan koleksi terkini Schiaparelli.
Bella, 24, juga menarik perhatian apabila tatu di bawah bahagian dadanya turut kelihatan di acara tersebut.
Bagaimanapun, saiz tatu tersebut tidak besar dan hanya direka dalam bentuk tiga titik di bawah dadanya. Tatu tersebut juga tidak kelihatan seperti baru dicacah.
Sebelum ini, Bella pernah menunjukkan tatu di bahagian bahunya yang dicacah sebagai tanda penghormatan kepada darah Palestin yang mengalir dalam tubuhnya.
Peminat Bella juga mungkin menyedari dia mempunyai tatu di kaki kiri dan belakang lengannya sebelum ini.
Sumber & Kredit Foto: teenVOGUE