Laman Utama

"Belum Berbadan Dua, Masih Satu Lagi" - Watie Hanifiah

Amri Hassan
27/11/2023
02:51 MYT
Sponsor Banner
"Belum Berbadan Dua, Masih Satu Lagi" - Watie Hanifiah
Isteri pelawak terkena Shuib, Watie Hanifiah menafikan dirinya kini sedang hamil namun akui berdepan kenaikan berat badan.
Jelas Watie, 35, dia kini memberikan lebih tumpuan kepada membesarkan anak-anak tirinya terutama Ayash Affan dan Ariq Matin.
"Buat masa sekarang belum berbadan dua, masih satu lagi. Mungkin saya agak berisi, malah saya sedang berusaha turunkan berat badan supaya orang tidak fikir saya hamil.
"Namun kalau orang doakan, semoga ia termakbul. Mungkin sekarang belum rezeki. Biarlah dengan anak-anak dulu, mereka pun tengah lasak," katanya kepada Gempak.
Watie ditemui sempena pelancaran outlet terbaharu Bubble Bee di Masjid Tanah, Melaka pada Ahad tampil mengulas mengenai dakwaan mengatakan dirinya hamil susulan dia menutup bahagian perut dengan sejambak bunga menerusi foto yang dikongsi baru-baru ini.
Spekulasi tercetus apabila Shuib memuat naik hantaran di IG berlatarkan lagu berjudul Nanti Kita Seperti Ini yang berkisar kehidupan bersama insan tercinta hingga akhir usia.
Bagaimanapun, Shuib dan Watie tidak menidakkan rezeki seandainya dikurniakan cahaya mata sendiri dalam masa terdekat.
"Doakan yang baik-baik buat kami. Seandainya ada rezeki (hamil) kami akan kongsikan kepada semua. Tak ada nak sorok-sorok," tambah Shuib.
Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011. Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar