Laman Utama

Belum Terima Bayaran Penuh, Caliph Buskers Kongsi Momen Ada RM10 Untuk Makan - “Kalau La Dia Tahu Macam Mana Kami Ni…”

Asyikin Mayudin
28/02/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Belum Terima Bayaran Penuh, Caliph Buskers Kongsi Momen Ada RM10 Untuk Makan - “Kalau La Dia Tahu Macam Mana Kami Ni…”
Sehingga kini, kumpulan Caliph Buskers masih belum menerima bayaran penuh daripada penganjur ‘show’ yang disertai mereka pada 9 dan 10 Disember tahun lalu di Pulau Pinang.
Berkongsi mengenai insiden tersebut, Azmi memberitahu dia hanya mempunyai RM10 sahaja untuk makan tengah hari pada waktu itu kerana menyangka akan menerima bayaran sepenuhnya.
“Jujurnya la, waktu itu masing-masing tak bawa duit. Sebab memang dijanjikan pada hari kejadian akan dapat duit. Jadi, kami fikir tak apa dekat sana dah dapat duit yang dia bagi untuk makan.
“Kalau nak tahu, masa nak makan tengahari, saya hanya ada RM10 saja. Kami pergi la makan nasi kandar, walaupun sedap tapi tak boleh nak bertambah sebab duit tak ada.
“Sebab bajet hanya untuk sekali makan saja. Kalau la dia tahu macam mana kami ni nak makan pun sampai kena catu,” kata Azmi kepada Gempak.
Manakala menurut Fendy Adlun, mereka terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakan lain dan mengunakan bajet sendiri untuk mengisi minyak kereta.
“Sebenarnya duit ada tapi sebab kita tak standby bawa keluar duit lebih sebab kita yakin akan dapat duit payment waktu itu. Sebab biasanya memang akan dapat.
“Terpaksa la pinjam-pinjam juga duit kawan dan guna duit simpanan Caliph Buskers yang ada. Sebab duit minyak pun kami dahulukan dulu. Sepatutnya dalam perjanjian, mereka akan bayar semula duit minyak,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Azmi memberitahu selepas isu itu kecoh, mereka sudah menerima RM2,000 dan masih ada lagi berbakikan RM8,000 tertunggak.
“Ikutkan dia dah bayar RM2,000 tapi ada lagi berbakikan lebih kurang RM8,000 lagi. Keseluruhan dia kena bayar RM10,000 dan RM300 duit minyak. Tapi sampai sekarang bayaran itu masih tertunggak,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar