Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ben Ali 'Frust' Dengan Nadiyah, Aedy Ashraf Belanja Tiket Ke London - "Siap Buat Video Tengah Jiwa Kacau Lagi"

Zulaikha Yusof 11/01/2021 | 03:20 MYT
Pelakon dan usahawan Ben Ali mendedahkan kisah percintaannya dengan aktres Nadiyah Shahab tidak seindah seperti yang disangka.
Menurut Ben, dia pernah berputus asa dengan Nadiyah sehingga membawa dirinya ke luar negara iaitu ke London dan Paris.
Pemergian Ben ke sana ditanggung oleh kawan baiknya, aktor Aedy Ashraf yang sanggup membayar harga tiket kapal terbang.
"Ada sekali tu saya betul-betul dah pasrah dengan masalah hubungan kitorang dan kononnya nak bawa diri ke London sebab nak cuba lupakan Nadiyah.
"Kebetulan masa tu kawan baik Aedy Ashraf tengah ada penggambaran di London. Jadi dia cakap Ben dah-dah la tu, kau datang la sini dekat aku. Aku belanja kau tiket flight.
"Jadi saya pun tempah la tiket flight one way, konon-konon macam nak duduk London terus tak nak balik Malaysia dah. Nak cari kerja dekat sana dan bawa diri kat sana.
"Maka selamat sampai lah di London dengan misi membawa diri. Tak cukup dengan tu, Aedy siap tolong rakam buat video tengah Jiwa Kacau lagi," tulisnya di Instagram Stories.
Walaubagaimanapun, pelakon drama Seindah Takdir Cinta itu membuat keputusan untuk meneruskan hubungan percintaan mereka selepas dua minggu berfikir.
"Duduk punya duduk, baru sedar yang tiket flight balik Malaysia belum ada pun lagi. Bila dekat London dan Paris, saya ada banyak sangat masa terluang untuk berfikir tentang masa depan hubungan dengan Nadiyah.
"Lepas dua minggu dekat London dan Paris, saya terus buat keputusan tak jadi nak putuskan hubungan kami berdua yang dah dibina dua tahun lebih.
"Jadi kali ni saya pun nekad nak balik Malaysia semula. Sebetulnya dah rindu sangat dekat Nadiyah ni," tulisnya lagi.
Menerusi entri yang berbeza, pemilik nama Nur Ali Nadzwan ini turut berkongsi perjalanan serta liku-liku yang ditempuhi sebelum tercetusnya perniagaan, Absolut Chocolat.
BACA: Ramai Kata Ben Ali Anak Orang Kaya, Tapi Ini Kisah Sebenarnya - "Ayah Saya Meniaga Sarsi ..."
Terdahulu, Ben dan Nadiyah mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018.
#Aedy Ashraf #Ben Ali #London #Nadiyah Shahab
;