Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ben Amir ‘Excited’ Nak Kahwin! Kongsi Ciri-Ciri Calon Bakal Isteri - “Cute Gym Girl, Pandai Masak…”

Asyikin Mayudin 09/06/2023 | 09:55 MYT

Pelakon Ben Amir berkongsi kegembiraan apabila dia sudah mengambil sijil kursus kahwin yang dihadiri secara talian ketika dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi perkongsian di Instastory, Ben turut menyatakan beberapa ciri-ciri bakal isteri dan antaranya sudah semestinya kena pandai masak serta aktif bersukan di gimnasium.

“Dah boleh kahwin! God, please send me a cute gym girl, pandai masak, setia dan mencintai saya sepenuh hati,” kongsi Ben Amir.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila Ben memuat naik semula foto dia dengan seorang wanita yang turut mengambil sijil kursus kahwin bersama-samanya.

Enggan menimbulkan sebarang salah faham, wanita tersebut bagaimanapun memberi gambaran dia dan Ben hanya sekadar kawan rapat malah tidak sabar untuk bertemu aktor itu di majlis perkahwinannya.

“Sejujurnya keputusan yang terbaik kami buat sepanjang tempoh PKP adalah menghadiri kursus kahwin secara talian. Ustaz tadi cakap sekarang kena fizikal dah pergi, phew!

“Gembira untuk dia. Pergi cari kekasih elok-elok. I doakan yang terbaik untuk you apabila you dah bersedia okay my friend. Jumpa awak di majlis perkahwinan saya!” katanya.

#Ben Amir #Jodoh #Ben #Ben Amir jodoh #Ben Amir kahwin
;