Laman Utama

Bendera Putih, Ramai Setuju Pandangan Haze - “Minta Maaf, Jangan Menunggang Inisiatif Yang Asalnya Neutral Dan Good-Intentioned”

Mya Amri
30/06/2021
06:20 MYT
Sponsor Banner
Bendera Putih, Ramai Setuju Pandangan Haze - “Minta Maaf, Jangan Menunggang Inisiatif Yang Asalnya Neutral Dan Good-Intentioned”
Pengacara, Hazeman Huzir atau lebih dikenali sebagai Haze memberi pandangan mengenai isu kempen bendera putih yang menjadi perdebatan beberapa pihak.
Menurut Haze, kempan tersebut merupakan inisiatif rakyat untuk rakyat yang memerlukan bantuan dan bukannya berkaitan dengan parti politik.
“Minta maaf lah ya. Saya nak tekankan dekat sini jangan sesiapa menunggang inisiatif yang asalnya neutral dan good-intentioned.
“Kalau nak perhatian buat kempen sendiri jangan menunggang. Ini bukan masalah rakyat tidak mahu bekerjasama banteras kesusahan.
“Tapi buka media sosial tengok. Belum apa-apa dah nampak side effect hasil dari dipolitikkan.
“Cuba hidup tu beri manfaat pada rakyat dan bukan berkepentingan serta telagah pahaman politik yang tak berkesudahan,” coretnya
Haze juga turut membuat video pendek yang dimuat naik di ruangan IGTV akaun Instagramnya.
Video berdurasi 4:10 saat itu menerangkan kepentingan kempen bendera putih yang dijalankan oleh rakyat.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pandangan Haze selain berterima kasih kepadanya kerana penerangan yang diberikan itu sangat jelas.
Thumbs up @hazemanhuzir for standing up n voicing out what that is crucially needed at this point!” komen @adam_hairey.
“Fuhh gentle puas hati betul dengar @hazemanhuzir bersuara isu ni. Memang setuju and salute,” tulis @claryein.
“Setuju sangat. Start semalam akak dah start share kempen ni. Kita tak tau, mungkin ada dalam kalangan jiran maupun sedara kita yang rasa malu untuk meminta pertolongan. At least bendera putih ni dapat jadikan simbolik. Tanpa perlu tanya, hulurkan bantuan anda. Syabas dik,” coret @norelazainal.
BACA: “Kita Tolong Yang Termampu”- Jangan Malu, Rakyat Lancar Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Perlukan Bantuan
Terdahulu, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #BenderaPutih di platform media sosial bermula semalam.
Inisiatif itu bertujuan untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik terutamanya yang putus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera sekaligus mendapat sokongan dalam kalangan rakyat.
Bagaimanapun, kenyataan beberapa individu yang kurang bersetuju dengan kempen berkenaan mengundang rasa tidak puas hati netizen.
BACA: “Elak Kibar Bendera Putih, Masih Ada Cara Lebih Baik” – Nasihat ADUN Tanjung Lumpur
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar