Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bengang Kalah Main Game Sewaktu Bersanding, Pengantin Lelaki Pukul Isteri

Maliah Surip 14/06/2022 | 05:36 MYT

Sebuah insiden mengejutkan telah berlaku dalam majlis persandingan pasangan pengantin baharu dari Uzbekistan.

Insiden tersebut adalah pengantin lelaki secara tiba tiba telah memukul kepala pengantin perempuan di hadapan tetamu dipercayai kerana kalah dalam permainan game yang disediakan buat mereka!
Bagaimanapun, tidak diketahui apakah jenis permainan yang dimainkan oleh pasangan tersebut sehingga membuat lelaki tersebut berasa cukup berang.
Menerusi video pendek yang menjadi tular di media sosial, pengantin lelaki dilihat tidak berpuas hati selepas kalah dengan isterinya. Tanpa disangka, dia teruk menolak kepala wanita tersebut dengan kuat sehingga membuatnya seperti hampir ingin terjatuh.
Tindakan ganas lelaki tersebut turut mengejutkan pengapit yang tidak dapat berbuat apa apa.
Pengantin perempuan yang dalam kesakitan pula dilihat memegang kepala dan membetulkan sedikit pakaiannya sebelum berlalu pergi bersama dua rakan wanita.
Sementara pengantin lelaki kekal di atas pentas seperti tiada apa yang berlaku sambil memandang kepada para tetamu yang terdiam dan terkejut dengan insiden yang baru terjadi.
Insiden tersebut telah mendapat kritikan dalam kalangan pengguna media sosial.
“Ini sangat menakutkan,” komen seorang warganet.
“Ini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan jika ia (keganasan) menjadi normal. Saya harap dia tinggalkan lelaki ini,” tulis seorang warganet lain.
Terdahulu pada tahun 2019, insiden seumpama ini juga menjadi tular di media sosial apabila video pengantin lelaki dari Uzbekistan menampar pengantin perempuan kerana ‘dipermainkan’ sewaktu sesi memakan potongan kek.
Untuk rekod, Uzbekistan mempunyai sejarah perkahwinan yang dirancang.
Sumber & Foto: TheDailyMail

#Viral #Sanding #Pengantin #Dunia #Pukul Isteri #Uzbekistan
;