Hiburan
Bengang Layanan Dingin Di Butik Mewah, Penyanyi Dangdut Borong Beg: “Sombongku Keluar”
Penyanyi, juri dan hos terkenal Indonesia, Soimah berkongsi pengalaman dirinya dilayan acuh tak acuh atau dingin oleh pekerja di sebuah butik mewah hanya kerana dirinya berpenampilan sederhana.
Menurut Soimah, dia masuk ke sebuah butik jenama mewah bersama dua orang rakan dengan hanya memakai t shirt dan seluar pendek serta bertopi.
Oleh kerana penampilan diri yang tidak kelihatan seperti ‘orang kaya’, Soimah tidak disambut selayaknya.
“Saya masuk ke sebuah butik tetapi disambut acuh tak acuh oleh pekerja.
“Apabila saya minta untuk melihat beg keluaran terkini, mereka beri tetapi saya masih tidak dilayan dengan baik,” ujar Soimah mengenai pengalaman yang dilalui sewaktu awal menjadi artis seperti dilaporkan Kompas.
Kerana berasa diperlakukan tidak adil dan acuh tak acuh akhirnya Soimah menunjukkan identiti diri dan kemampuannya.
Dia malah membeli semua beg keluaran terkini yang ditunjukkan kepadanya.
“Saya kesal dan berasa sudah saatnya sombongku harus keluar. Terus saya bilang gini 'semua ya,'", kata Soimah.
Tanpa berlengah dia mengeluarkan kad untuk membayar dan pekerja yang melayannya baru sedar bahawa individu yang menerima layanan dingin tersebut adalah Soimah.
“Jadi dia baru sedar itu saya (Soimah) selepas melihat nama pada kad bank. Langsung dia tawarkan saya menjadi VIP,” katanya.
Menurut Soimah dirinya memang senang berpenampilan santai jika tidak bekerja kerana berasa bebas.