Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Berada Di Mekah, 'Ya Habibi' Panggilan Manja Anzalna Kepada Suami

Ahmad Shah 08/04/2016 | 06:45 MYT

Pelakon Anzalna Nasir kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah bersama suami, Hanif Zaki serta kedua ibu bapanya sejak Selasa lalu.

Sama seperti umat islam yang lain, Anzalna juga tidak terlepas daripada merakamkam detik-detik terindah ketika berada di tanah suci itu untuk dikongsi bersama pengikut Instagram (IG) nya.
Bagaimanapun satu video yang dimuatnaik oleh aktres itu mendapat perhatian peminatnya di mana video tersebut memperlihatkan Anzalna tersenyum sambil memanggil suaminya ‘Ya Habibi’ yang membawa masksud sayang dalam bahasa Arab dengan manja.
Panggilan itu kemudiannya disahut kembali oleh suaminya dengan memberi gelaran ‘Ya Maulana’ kepada isteri tersayang.
Pengikut IG Anzalna dan Hanif yang telah melihat video itu rata-ratanya meninggalkan komen-komen sweet dan mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.
Tidak kurang juga yang memberikan pujian kepada pasangan ini kerana tidak menunjukkan aksi manja berlebihan di media sosial.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto serta video menarik Anzalna-Hanif di Mekah:

? @hanif_zaki

A video posted by Anzalna nasir (@anzalnanasir88) on

#Anzalna Nasir
;