Berita

Beraksi Di Dapur, Che Ta Kongsi Resepi Kuey Teow Goreng

Syafiqah Jalal
23/04/2020
08:59 MYT
Sponsor Banner
Beraksi Di Dapur, Che Ta Kongsi Resepi Kuey Teow Goreng
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta buat pertama kalinya menunjukkan bagaimana dia beraksi di dapur dalam menyediakan makanan untuk keluarganya.
Che Ta berkongsi resepi dan cara masakannya dalam menyediakan Kuey Teow Goreng dalam program realiti The House musim ketiga (The House 3) episod kedua yang ditayangkan pada tahun 2017.
Dalam episod tersebut Che Ta diminta untuk memasak sendiri sarapan dalam masakan Melayu untuk keluarganya.
Che Ta menunjukkan satu persatu langkah untuk menyiapkan Kuey Teow Goreng tersebut.
Bukan itu sahaja, dalam episod tersebut anaknya Ammar dan Aniq juga turut menyahut cabaran lain.
The House 3 merupakan program realiti yang bersiaran di Astro Gempak pada tahun 2017.
Selain kisah Che Ta, The House turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya yang terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.
Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar