Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah memuat naik semula perkongsian kekasih gelap Aliff Aziz yang dikenali sebagai Sarah Yasmine yang mendedahkan perbualan antara Ruhainies dan suaminya.
Ruhainies Dakwa Pihak Bella Hasut Jenama Lain
Menerusi salah satu perbualan itu, Ruhainies mendakwa pihak Bella ada menghantar emel kepada beberapa jenama untuk berhenti bekerjasama dengan aktres itu.
“Her team even emailed brands saya kerja untuk berhenti bekerja dengan saya. Awak nak pertahankan lagi? Nak simpan lagi segala dia buat? It’s time to BOOM. Let’s kill these two birds with one stone,” mesej Ruhainies kepada Aliff.
Balas Tuduhan Ruhainies
Berang dengan tuduhan itu, Bella menegaskan pihaknya tidak pernah menghantar emel seperti yang didakwa dan tidak menyangka Ruhainies sanggup melemparkan fitnah sebegitu.
“Fitnah! Bila masa pula team bella nak pergi email email brands? Astaghfirullahalazim… nak bukti. Macam mana boleh terfikir idea fitnah sampai ke tahap ini RUHAINIES?” tegas Bella.
Selain itu, Bella turut memberi respon salah satu perbualan Ruhainies dengan suaminya mengenai baju yang dipakai untuk Hari Raya Aidilfitri.
“Siapkan baju raya,” tulis Bella dengan emoji muka sedih.
Terdahulu, wanita yang mendakwa dirinya kekasih kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine membuat satu lagi pendedahan berkenaan seorang individu lelaki dipercayai penyanyi rap, Caprice.
Sarah menerusi hantaran di IG Story miliknya mendedahkan bahawa individu berkenaan telah mengetahui terlebih dahulu mengenai hubungan cinta Aliff dan Ruhainies.
Tidak cukup dengan itu, Sarah juga turut memberikan gambaran seolah-olah perjuangan individu tersebut terhadap Palestine hanya demi konten semata-mata.
Sarah terlebih dahulu telah membuat pendedahan dengan berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Menerusi perbualan NRF itu juga, nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ juga dipetik mengutuk Bella dengan mengatakan hanya orang tidak bijak saja mempercayai kisah penyanyi dah pelakon itu.
Emma bagaimanapun menerusi video yang dikongsikan di Instagram mengakui kesilapannya bertanyakan kepada Ruhainies mengenai khabar angin melibatkan isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah.
Manakala Chacha juga memuat naik video memberi penjelasan mengenai tuduhan yang dilemparkan dan mendedahkan perbualannya dengan Ruhainies bertanyakan mengenai dakwaan dia mengutuk Bella.
Selain Emma dan Chacha, nama penyanyi rap Caprice juga terlibat menjadi orang tengah untuk mendamaikan keadaan antara mereka semua.