Laman Utama
Berani Mati! Charlie Puth Akui Pernah Beronani Sambil Dengar Lagu Maroon 5, Reaksi Adam Levine…
Aneh-aneh betul…
Penyanyi popular, Charlie Puth mendedahkan yang dia pernah beronani sambil mendengar lagu This Love dendangan kumpulan Maroon 5.
Charlie, 30, berkata, ia merupakan pertama kali dia berbuat demikian dan mengakui vokalis kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat itu berasa kurang senang dengan ‘perbuatannya’.
“Pertama kali saya berbuat demikian mendengarkan lagu This Love oleh Maroon 5.
“Mula-mula bila saya kongsikan hal ini kepada Adam, dia macam berasa pelik. Bagaimanapun, saya kini bersahabat baik dengan Adam,” katanya kepada Bustle.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Light Switch itu turut berkongsi yang dia hilang teruna pada usia 21 tahun.
Dalam masa yang sama dia juga mengakui yang dia tidak boleh mendengar lagu ketika sedang berasmara.
Hal ini kerana, dia akan lebih fokus terhadap nota muzik berbanding apa yang sedang dilakukan.
“Saya akan menganalisis muzik yang bermain dan mula melihat nota-nota muzik tersebut,” katanya yang kelihatan agak berlebihan ketika berkongsi cerita.
Charlie sebelum ini cukup terkenal dengan perkongsian gambar-gambar ‘mengundang’ di Instagram. Pelbagai thirst trap dikongsikan oleh Charlie di platform media sosial tersebut.
Komedian Sarah Schauer turut pernah mengkritik Charlie sebagai individu yang terlalu miang di TikTok.